Monday, 10 October 2016

Bagaimana Menurunkan Tahap Gula Darah Anda?

Bagaimana Menurunkan Tahap Gula Darah Anda?

Sejak sedekad yang lalu beribu-ribu orang yang mengidap kencing manis jenis 2 telah secara dramatik berjaya menurunkan gula darah mereka dengan menggunakan teknik yang mudah ini. Cubalah selama seminggu dan anda lihat bagaimana ianya berfungsi.


Langkah 1 : Makan seperti biasa dan catat kesemuanya.

Makan seperti kebiasaannya, tetapi gunakan alat pengukur gula darah anda pada waktu-waktu berikut. Tuliskan apa yang anda makan dan keputusan ujian tersebut.

Selepas bangun pagi (sebelum sarapan)


1 jam selepas makan

2 jam selepas makan
Dengan cara ini apa yang anda akan temui ialah berapa lama selepas makan bacaan gula darah anda mencapai tahap tertinggi, dan berapa cepat pula ia akan kembali ke paras “normal”. Dan juga anda akan mengetahui bahawa hidangan seperti roti, nasi, buah-buahan dan sayuran yang mengandungi kanji (karbohidrat) akan memberi bacaan yang lebih tinggi.

Langkah 2 : Untuk beberapa hari berikutnya kurangkan makanan berkarbohidrat

Abaikan roti, nasi, biji-bijian, makanan yang mengandung tepung gandum, kentang, jagung dan buah. Penuhi keperluan karbohidrat anda hanya dari sayuran. Uji menu makanan yang sudah diubahsuai ini seperti jadual di langkah 1.  Lihat impak pengurangan karbohidrat ke atas tahap gula darah anda.
Semakin hampir angka kadar gula anda seperti orang-orang normal yang bebas diabetes, maka semakin besar peluang anda menghindari komplikasi yang mengerikan di masa hadapan.
Berikut adalah kadar gula darah normal yang menjadi panduan para doktor sekarang ini :
 
Gula darah puasa di bawah 5.5 mmol/L
1 jam selepas makan di bawah 7.7 mmol/L
2 jam selepas makan di bawah 6.6 mmol/L
 
Sekiranya anda boleh melakukan yang lebih baik daripada ini, silakan. The American College of Clinical Endocrinologists mencadangkan bahawa mengidap kencing manis  perlulah menjaga gula darah mereka di bawah 140 mg / dl (7.8 mmol/L) dua jam selepas makan.

Apabila anda telah mencapai sasaran gula darah yang normal, maka dengan perlahan dan berhati-hati anda boleh mula menambah kembali karbohidrat pada menu anda. Pastikan anda terus menguji paras gula darah selepas setiap hidangan. Berhentilah menambah karbohidrat sebaik sahaja bacaannya menghampiri sasaran gula darah anda.
Penyelidikan terkini  menunjukkan bahawa paras gula darah "selepas makan" adalah petunjuk paling indikatif dalam meramalkan komplikasi di masa hadapan, terutama masalah jantung.

Langkah 3 : Uji, uji, uji

Perlu diingatkan bahawa anda tidak berlumba dengan siapapun melainkan dengan diri anda sendiri. Rencanakan menu
makanan anda. Uji, uji, dan uji untuk mengetahui makanan apakah yang akan menaikkan gula darah.
Belajarlah untuk mengetahui makanan apakah yang boleh menyebabkan kadar gula darah anda naik mendadak dan makanan apa yang menyebabkan ketagihan.

Jangan peduli apa yang orang sekeliling kata, selagi sesuatu makanan itu menaikkan kadar gula darah
anda lebih tinggi dari sasaran anda, maka hindarilah makanan tersebut. Alat pegukur gula anda akan
memberitahu makanan apa yang terbaik untuk diet diabetes anda sesuai dengan kondisi tubuh anda.
Gunakan ia sebaiknya dan dapatkan kembali kesihatan anda. InsyaAllah.

NOTA: Nasihat ini diadaptasi dari nasihat yang sangat berguna ditulis oleh seseorang yang bernama Jennifer, di mana beliau telah kongsikan di newsgroup alt.support.diabetes bertahun-tahun yang lalu. Ia telah membantu ribuan pengidap diabetes mengembalikan gula darah mereka ke tahap yang lebih rendah dari sebelumnya iaitu dengan keputusan ujian A1c dalam linkungan 5%.

No comments:

Post a Comment